mengapa kita kena tawakal...?
Kita bertawakal kerana secara dasarnya ..
kita tidak memiliki apa-apa pun tanpa keizinan Allah.
Usaha yang kita lakukan pun berlaku dengan izinNYA....
kita digalakan kan menyebut “Lahaula wala quwwatailla billah.”
untuk meminta pertolongan..
untuk meminta pertolongan..
Ia bermaksud,
“Tidak ada sebarang daya dan kekuatan melainkan di sisi Allah.”
Mereka yang bertawakal akan mendapat keuntungan yang besar.
Imam Tirmizi meriwayatkan sabda nabi yang bermaksud,
“Jika kamu bertawakal kepada Allah dengan
sebenar-benar tawakal kamu akan dikurniakan rezeki
sebagaimana burung-burung dikurniakan rezeki,
berpagi-pagi ia keluar dengan perut kosong dan
berpetang-petang ia kembali kekenyangan.”
Berzikirlah untuk mengingati Allah,
ucaplah kalimah La Haula Wala Quwwata Illa Billah agar Allah.
melindungi kita daripada gangguan syaitan yang menyebabkan kita lupa..
Tawakal Dan Usaha
Tawakal memerlukan usaha. Dalam Dalilul Falihin dinukilkan perkataan Imam Qusyairi yang bermaksud, “Ketahuilah tempat bagi tawakal ialah di hati. Adapun pergerakan zahir (iaitu usaha), ia tidak membatalkan tawakal yang di hati kerana si hamba telah meyakini bahawa apa yang akan berlaku adalah mengikut ketetapan Allah. Jika dipermudahkan usahanya maka ia berlaku dengan kehendak Allah demikianlah juga sebaliknya.”
Dalam berusaha hukum sebab musabab tidak boleh dilupakan. Mengikut Bukhari dan Muslim nabi menyimpan untuk keluarga baginda makanan untuk setahun. Dalam konteks yang sama, nabi telah menegur seorang arab badwi yang membiarkan untanya merayau-rayau dengan berkata, “Ikatlah ia dan kemudian hendaklah kamu bertawakal.” Hadis ini diriwayatkan oleh Imam Tirmizi. Demikian juga dalam aspek pengubatan. Apabila kita mendapat sakit kita disuruh berubat. Berhubung dengan ini Imam Tirmizi dan Ibn Majah meriwayatkan sabda nabi yang bermaksud, “Berubatlah wahai hamba Allah. Sesungguhnya Allah telah menjadikan penyakit dan ubat.”
Imam Al-Ghazali telah merumuskan konsep ini dalam kitab Ihya Ulumuddin dengan berkata, “Tidaklah mengurangkan tawakal dengan mengunci rumah ketika keluar dari rumah atau ketika menambat unta (kenderaan), kerana kesemua ini dikenali sebagai sunah Allah.”
sumber bacaan lebih lanjut tentang adab tawakal..di : http://www.masjidnegara.gov.my
sekadar perkongsian...
notakakiku...
0 kritikan membina dan membinasakan:
Post a Comment