My Mr/Mis V.V.I.P ma Friends Forever

LETs : Exchange Links !!

Sunday, February 3, 2013

Mengingati Mati Perkukuhkan iman




Assalamualaikum...
kawan2...

Hari ni D nak menyampaikan apa yg d baca...
dan dikongsikan...Penting nya kita memahami...
ayat2 al -Quran untuk memupuk rasa cinta padaNYA..



Mengingati Mati Perkukuhkan iman
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Orang pintar ialah sesiapa yang memuliakan dirinya serta membuat persediaan untuk kehidupan selepas mati, sementara orang bodoh ialah sesiapa yang membiarkan dirinya mengikut hawa nafsu tetapi mengharapkan cita-citanya dikabulkan oleh Allah."(Riwayat At-Tirmidzi)
Huraian Hadith:
1. Kita wajib menghormati sesama manusia termasuk diri sendiri, ibu, bapa, isteri atau suami, anak-anak, saudara mara, sahabat serta jiran tetangga sama ada dengan berbuat baik, menjaga tutur kata (berbudi bahasa) dan baik hati atau berbaik sangka menurut kemampuan masing-masing.

2. Kematian pasti dihadapi oleh setiap orang sebagaimana firman Allah yang bermaksud:"Setiap yang bernyawa pasti akan mati." (Al-Anbia': 34). Oleh itu petanda bagi orang yang sentiasa mengingati mati ia sentiasa memperbanyakkan amal perbuatan yang baik sepanjang hidupnya.

3. Sebaik-baik usaha ialah bermujahadah melawan nafsu dan berusaha memperbaiki diri. Pengekangan nafsu akan menundukkan nafsu agar kita dapat mengawal tingkah laku mengikut syariat dan ketetapan Islam.

4. Setiap amalan yang baik akan mempengaruhi doa yang dipohon atau dengan perkataan lain Allah S.W.T tidak akan mensia-siakan doa orang yang beriman dan selalu melakukan kebajikan. Begitulah hal yang sebaliknya.
Larangan Meminta-minta Mati
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: " Jangan sesekali seseorang daripada kamu bercita-cita hendak mati kerana sesuatu bencana yang menimpanya; kalau keadaan mendesaknya meminta mati, maka hendaklah ia memohon dengan berkata : Ya Tuhanku, hidupkanlah daku selagi hidup itu lebih baik bagiku, dan matikanlah daku apabila mati itu lebih baik bagiku." (Riwayat Bukhari dan Muslim)
i) Seorang mukmin dilarang keras meminta mati kerana bosan dan tidak tahan menanggung sesuatu bencana yang menimpanya; sebaliknya dia mestilah mensifatkan bala bencana yang menimpanya itu sebagai ujian dan menerimanya dengan redha.
ii) Sesungguhnya segala dugaan itu adalah kaffarah (penghapus) dosa dan kesalahan orang yang ditimpa bencana tersebut . Oleh itu Allah menyeru kita agar menghadapinya dengan sabar dan akan ditulis pahala amal baik sebagai ganjarannya.
iii) Allah S.W.T adalah bersifat dengan Maha Pengasih dan Penyayang, Dia tidak akan membiarkan hamba-Nya berada di dalam kesusahan selagi hamba-Nya itu ingat dan berserah diri serta bertawakkal kepada-Nya dalam segala keadaan.







Malaikat Izrail iaitu Malaikat Maut ziarah kita setiap 21 minit

Malaikat maut
 ziarah kita setiap 21 minit

Berapa Kali Malaikat Maut Ziarah Kita?

Sebuah hadis nabi s.a.w
yang diriwayatkan oleh
Abdullah b Abbas r.a.,
 bahawa Rasullulah s.a.w bersabda yang bermaksud, '
 Bahawa malaikat maut memerhati
 wajah setiap manusia di muka bumi ini
70 kali dalam sehari.'
 ketika Izrail datang merenung wajah seseorang,
 didapati orang itu ada yang sedang bergelak ketawa.


Maka berkata Izrail:

' Alangkah hairannya aku melihat orang ini, sedangkan
aku diutus oleh Allah taala untuk mencabut nyawanya,
 tetapi dia masih berseronok-seronok bergelak ketawa'


Manusia tidak akan sedar bahawa dirinya sentiasa
 diperhatikan oleh malaikat maut, kecuali orang-orang soleh
yang sentiasa mengingati mati.
 Golongan ini tidak lalai dan sentiasa sedar terhadap
 kehadiran malaikat maut,
 kerana mereka sentiasa meneliti
 hadis-hadis Nabi s.a.w yang menjelaskan mengenai
 perkara-perkara ghaib,
terutama mengenai hal mengenai mati dan
 hubungannya dengan malaikat maut.


1 hari = 24 jam = 1440 minit


1440 minit / 70 kali malaikat menjenguk kita

= 20.571 minitINI


BERMAKNA MALAIKAT MAUT MENZIARAHI KITA SETIAP 21 MINIT.




Mengingati mati menyedarkan kita bahawa hidup ini amat singkat dan kita akan dihadapkan ke hadapan Allah dengan hanya berbekalkan amalan dan amal ibadat kita. Mati adalah jambatan yang menghubungkan kehidupan kita di dunia dengan kehidupan di akhirat. Saat kematian itulah yang menjadi penentu kita di akhirat kelak. Sekiranya amalan kita ketika di dunia ini baik maka kita akan menerima ganjaran yang baik di akhirat kelak. Dan demikianlah jika sebaliknya.


KEMATIAN akan datang tidak mengira siapa atau di mana kita berada. Allah berfirman dalam surah An-Nisa ayat 78 yang bermaksud: "Di mana jua kamu berada, maut akan mendatangi kamu walaupun kamu berada di dalam kota-kota yang tinggi dan kukuh". Dan dalam firman-Nya yang lain dalam surah Al-A'raf ayat 34 bermaksud: "Apabila datang ajal mereka
, ia tidak akan terawal walau sesaat dan tidak akan terlewat".

Apabila ajal telah datang maka ketika itu barulah seseorang itu akan merasakan bahawa dia tidak lain hanyalah seorang hamba yang terpaksa akur kepada sunnah alam dan terpaksa bersiap sedia untuk menemui Tuhannya. Di kala itu, barulah manusia merasakan segunung penyesalan dan sedar untung nasibnya yang sebenar.



كَيۡفَ تَكۡفُرُونَ بِٱللَّهِ وَڪُنتُمۡ أَمۡوَٲتً۬ا فَأَحۡيَـٰڪُمۡ‌ۖ ثُمَّ يُمِيتُكُمۡ ثُمَّ يُحۡيِيكُمۡ ثُمَّ إِلَيۡهِ تُرۡجَعُونَ
"Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Dia menghidupkan kamu; setelah itu Dia mematikan kamu, kemudian Dia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat kelak); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan)"
 (Surah Al-Baqarah 2: Ayat ke 28) 



INi list lagu Fav....LT...buat kawan2..









Islam Melarang Umatnya Memohon Untuk Mati
Hadith:
RASULULLAH saw bersabda bermaksud: "Janganlah ada diantara kamu yang bercita-cita hendak mati. Sekiranya ia seorang yang baik mudah mudahan ia dapat menambahkan lagi kebaikan, dan sekiranya ia seorang yang jahat mudah mudahan ia dapat bertaubat kepada Allah."
Riwayat: Riwayat Hadith Al-Bukhari dan Muslim
Huraian Hadith:
1. Haram hukumnya bagi seseorang muslim bercita cita dan berdoa untuk mati apabila hidup didalam kesengsaraan dan menderita.
2. Setiap mukmin yang panjang umurnya mempunyai banyak peluang untuk ia beramal ibadat kepada Allah sebagai bekalan di akhirat nanti.
3. Islam tidak membenarkan umatnya bercita cita untuk mati, tetapi menggalakkan umatnya supaya bercita cita untuk menambahkan ilmu pengetahuan demi kemajuan ummah.
Sumber: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia


notakakikudibibirmu
maafkan diri andai tidak sempurna...
namun dalam hati..
hanya DIRIMU bertakhta..
ALHAMDULILLAH..
aku masih bernyawa..
SYUKUR

0 kritikan membina dan membinasakan:


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...