MAKNA FITNAH DARI SEGI BAHASA DAN ISTILAH
Kalimah Fitnah الفتنةdalam bahasa Arab bermaksud: Ujian dan cubaan.
Imam Ibnu Hajar berkata:
Asal kepada makna fitnah adalah الإختبار(ujian) dan الإمتحان(ujian)
Ibnu Manzur, Al-Azhari dan lainnya berkata:
"Asal makna fitnah adalah الإبتلاء(cubaan), الإمتحان(Ujian) dan الإختبار(ujian)."
Apapun dari segi istilah ulama adalah seperti yang didefinasikan oleh Jurjani:
"Perkara yang dilakukan untuk mengetahui kebaikan atau pun keburukan sesuatu."
Makna Fitnah Dalam Al-Quran pula adalah berbeza. Ianya seumpama berikut:
1. Fitnah yang membawa maksud Syirik.
Firman Allah :
"Syirik lebih dahsyat dosanya daripada membunuh."(Ayat 191: Surah Al-Baqarah)
"Dan perangilah mereka supaya tidak berlakunya syirik."(Ayat 193 : Surah Al-Baqarah)
"dan Syirik lebih besar dosanya dari membunuh."(Ayat 217 : Surah Al-Baqarah)
2. Fitnah dengan makna ujian dan cobaan.
Firman Allah:
"Dan kami uji kamu (Nabi Musa) dengan pelbagai ujian yang besar." (Ayat 40 : Surah Toha)
"Dan sesungguhnya kami telah menguji ummat yang terdahulu."(Ayat 3 : Surah Al-Ankabut)
3. Fitnah membawa maksud seksa
Firman Allah:
"Sesungguhnya orang-orang yang menyeksa orang-orang beriman lelaki dan perempuan ... "
Begitu juga makna fitnah pada ayat 10 surah al-Ankabut, ayat 14 surah az-Zariat dan ayat 110 surah an-Nahl.
4. Fitnah membawa maksud dosa.
Firman Allah:
"Dan sebahagian mereka ada yang berkata "izinkanlah aku untuk tidak berperang dan janganlah menyebabkan aku berbuat dosa. Ketahuilah mereka yang telah terjebak dalam dosa (dengan tidak mahu pergi berperang)."(Ayat 49 : Surah At-Taubah)
5. Fitnah bawa maksud kekufuran.
Firman Allah:
"Sesungguhnya mereka inginkan kekufuran."(Ayat 48 : Suarh At-Taubah)
Begitu juga fitnah dalam ayat 7 surah Ali-Imran.
6. Fitnah bawa maksud pembunuhan dan kebinasaan.
Firman Allah:
"Sekiranya kamu takut orang-orang Kafir membunuh kamu."(Ayat 101: Surah An-Nisa)
Begitu juga fitnah pada ayat 83 Surah Yunus.
7. Fitnah yang membawa maksud berpaling dari jalan yang benar.
Firman Allah:
"Dan berwaspadalah dari mereka yang hendak memesongkan kamu dari jalan kebenaran."( Ayat 49: Surah Maidah)
Begitu juga dalam ayat 73 surah al-Isra.
Firman Allah :
"Dan sesiapa yang Allah hendak menyesatkannya."(Ayat 41 : Surah Al-Maidah)
Begitu juga fitnah dalam ayat 162 surah as-Soffat.
9. Fitnah yang membawa maksud alasan.
Firman Allah :
"Kemudian tidaklah ada alasan mereka melainkan mereka berkata "Demi Allah wahai tuhan kami, kami bukannya orang-orang musyrikin." (Ayat 23 : Surah Al-An'am)
Sebahagian tafsir menyatakan fitnah disini bermaksud jawapan.
10. Fitnah yang membawa maksud gila
"Maka kamu akan lihat hai Muhammad dan mereka akan lihat siapakah yang gila."(Ayat 6 : Al-Qalam)
MAKSUD FITNAH DALAM HADIS
1. Fitnah yang membawa maksud perselisihan dan peperangan
Nabi Muhammad SAW bersabda:
"Akan berlaku perselisihan dan peperangan, orang yang melihatnya lebih baik dari orang yang menyebabkannya ia berlaku." (Imam Bukhari dan Muslim)
2. Fitnah bermaksud ujian dan cubaan
Nabi Muhammad SAW bersabda:
"Maka hendaklah kamu berwaspada terhadap dunia dan waspada terhadap wanita, sesungguhnya fitnah yang mula-mula menimpa Bani Israel adalah wanita."(Hr Muslim)
Hadis Nabi Muhammad SAW:
"Sekiranya baginda mendengar tangisan bayi, Baginda akan meringankan solatnya kerana bimbang ibunya akan terleka dengan tangisan ibunya."(Hr Bukhari)
4. Fitnah bermaksud penyeksaan dan pembunuhan
Nabi Muhammad SAW bersabda:
"Dahulu seorang lelaki di seksa kerana mempertahankan agamanya, samada orang-orang kafir membunuhnya atau menyeksanya."(Hr Bukhari)
Nabi Muhammad SAW bersabda:
"Apabila datang seorang lelaki yang baik agama dan akhlaknya melamar anak mu maka hendaklah kamu kahwininya dengan anak mu. Kalau tidak, akan berlaku kemungkaran dan kerosakan yang besar di muka bumi." (Hr Ibnu Majah)
6. Fitnah bermaksud memaksa untuk kembali kufur.
Nabi bersyair ketika menggali parit di peperangan khandak:
"Sesungguhnya musuh-musuh telah menganiaya kami. Sekiranya mereka hendak memaksa kami kembali kufur, kami enggan."(Hr Bukhari dan Muslim)
7. Fitnah bermaksud menjauhkan dari agama
Nabi Muhammad SAW bersabda kepada Muaz ra:
"Wahai Muaz adakah engkau hendak menyebabkan manusia lari dari ajaran agamanya?"(Hr Bukhari dan Muslim)
Kesimpulan: Fitnah mempunyai pelbagai makna dan maksud di dalam Al-Quran dan hadis Rasulullah SAW. Masyarakat selalu menggunakan fitnah untuk makna tuduhan, sehinggakan mentafsirkan kalimah fitnah ayat berikut dengan tuduhan palsu, sedangkan maknanya adalah syirik:
"Syirik lebih dahsyat dosanya daripada membunuh." (Surah 191 : al-Baqarah)
Banyak di kalangan masyarakat mentafsirkan fitnah kepada tuduhan yang tidak benar. Sedangkan tidak ada fitnah yang bermaksud tuduhan dalam Quran, hadis dan bahasa Arab. Ini satu pentafsiran mengikut hawa nafsu.
Nabi Muhammad SAW bersabda:
"Sesiapa yang berkata tentang Quran dengan akal fikirannya atau apa yang dia tidak tahu ilmu tentangnya maka hendaklah menempati tempatnya di Neraka." (Hr Tirmizi)
Firman Allah SWT:
"... Allah mengharamkan kamu bercakap tentang Allah apa yang kamu tidak tahu." (Ayat 33 : Surah Al-Araf)
Berhati2lah ketika kita mentafsirkan al-Quran kerana ia adalah kalamullah. Kita tidak boleh mentafsirkan sendiri dan kita hendaklah hanya mengambil dari para pentafsir yang muktabar.
RUJUKAN: Sofawatut Tafasir oleh Sobuni, Tafsir Ibnu Kathir dan al-Fitnah oleh Dr Ibrahim ad-Darwisy
Bukan tujuan untuk menunjuk nunjuk.....
sekadar menyampai kan apa yang dibaca buat tatapan kawan semua...
alhamdulillah ada teman yang mengingat kan tentang isu mengumpat ...
nanti akan kupas next time pulak...~ ....(>.<)v
sekadar berkongsi..
Sabda nabi Muhammad SAW,
gambar : google image untuk share jerr
“Sampaikan daripadaku walau sepotong ayat .”
Allah SWTberfirman dalam
[ surah al-Maidah ayat 2]
“Bertolong-tolonglah kamu berbuat kebaikan dan takwa dan
janganlah kamu bertolong-tolongan membuat dosa dan aniaya.” ."
Sesungguhnya... .
Aku bukan perempuan semulia Siti Khadijah..
Aku bukan perempuan setabah Fatimah..
Aku bukan perempuan secekal Siti Aisyah...
Aku hanyalah perempuan akhir zaman...
yang sering terkhilaf dalam tindak tanduk dan bahasaku..
aku hanyalah perempuan akhir zaman,
yang kadang kala mudah terasa jiwanya..
dengan tingkah laku manusia sekeliling... .
walaupun wajah dan ekspresi diri seperti...
menunjukkan yang aku tak kisah..
aku hanyalah perempuan akhir zaman,
yang cuba dan berusaha
melengkapkan diriku untuk menjadi pelengkap
bakal suamiku... ..
Aku bukan perempuan semulia Siti Khadijah..
Aku bukan perempuan setabah Fatimah..
Aku bukan perempuan secekal Siti Aisyah...
Aku hanyalah perempuan akhir zaman...
yang sering terkhilaf dalam tindak tanduk dan bahasaku..
aku hanyalah perempuan akhir zaman,
yang kadang kala mudah terasa jiwanya..
dengan tingkah laku manusia sekeliling... .
walaupun wajah dan ekspresi diri seperti...
menunjukkan yang aku tak kisah..
aku hanyalah perempuan akhir zaman,
yang cuba dan berusaha
melengkapkan diriku untuk menjadi pelengkap
bakal suamiku... ..
'Amin Ya Rabbal Alamin... ..
0 kritikan membina dan membinasakan:
Post a Comment