My Mr/Mis V.V.I.P ma Friends Forever

LETs : Exchange Links !!

Friday, May 11, 2012

Hidup Suatu Ujian



islamic-quotes:

Life is a test


Hidup Suatu Ujian


Riwayat: 
 at-Tirmizi
Kategori: 
 Akhlak
Hadith: 
Daripada  Abu Hurairah RA, sabda Rasulullah SAW, “Malapetaka itu akan terus menimpa orang Mukmin lelaki dan perempuan, menimpa dirinya, anaknya ataupun hartanya sehingga dia menemui Allah Taala dalam keadaan bersih daripada segala kesalahan.”
Huraian Hadith: 
  1. Allah menurunkan ujian terhadap orang beriman, 
    oleh itu mereka hendaklah bersabar menghadapinya.
  2. Segala ujian yang ditimpakan Allah kepada orang Mukmin bertujuan untuk menghapuskan dosa-dosa mereka.
  3. Allah menghendaki hambanya yang Mukmin menemui-Nya dalam keadaan suci daripada dosa-dosa.




    Daripada Anas RA katanya, telah bersabda Rasulullah SAW, “Jika Allah menghendaki kebaikan bagi seseorang hambanya, disegerakan bagi hamba itu balasan sewaktu di dunia. Sebaliknya jika Allah menghendaki dengan hambanya keburukan ditangguh pembalasan itu supaya disempurnakannya di hari kiamat. Nabi SAW bersabda, “Sesungguhnya besarnya pahala itu bergantung pada besarnya ujian, sesungguhnya Allah itu apabila dia mengasihi sesuatu kaum dia menguji mereka dengan kesusahan. Sesiapa yang reda dengan kesusahan itu akan mendapat keredhaan Allah dan siapa yang tidak redha maka dia akan menerima kemurkaan Allah.” (at-Tirmizi )


    Huraian Hadith: 
    1. Orang beriman akan diuji menurut tahap keimanan dan kedudukan mereka di sisi Allah.
    2. Bersabar menghadapi bala atau penyakit akan menghapuskan dosa.
    3. Di antara tanda-tanda seseorang itu disayangi Allah ialah bala ujian yang ditimpakan ke atasnya.
    4. Oleh itu kita wajib bersabar atas kesusahan yang menimpa kita agar tidak ditimpa bala dua kali, yang keduanya ialah kerugian luput pahala.
    5. Seseorang yang sabar menghadapi kesusahan hidup adalah sebagai tanda bahawa dia dikasihi Allah. Orang yang tidak dikasihi Allah dilambatkan balasannya iaitu sampai ke hari kiamat.
    6. Seseorang yang bersabar menghadapi kesusahan akan diberi ganjaran yang setimpal dengan kesusahan yang dihadapi itu.
    7. Seseorang yang ingin menjadi hamba yang dikasihi Allah dia hendaklah bersedia menerima ujian yang diturunkan Allah kepadanya, sebaliknya seseorang yang tidak redha menerima ujian Allah dia akan dibenci Allah.
sumber : JAKIM  

notakakikudibibirmu....

islamic-quotes:

Don’t be sad

0 kritikan membina dan membinasakan:


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...