My Mr/Mis V.V.I.P ma Friends Forever

LETs : Exchange Links !!

Friday, May 11, 2012

Wahabi Dan Realiti Di Malaysia








Wahabi Dan Realiti Di Malaysia


Malaysia sebuah negara yang sudah sekian lama masyarakat islamnya mengamalkan ajaran mazhab Syafii termasuklah tradisi berwirid selepas solat, bertahlil, azan jumaat dua kali dan sebagainya lagi. Inilah yang dipegang tanpa rasa ragu-ragu. Harus diingat bahawa amalan orang awam cukup sekadar ikutan(taklid) tanpa perlu kepada dalil(bukti nas). Jika lebih dari itu, adalah lebih baik.Ini kerana orang awam sudah tidak mampu untuk mencari dalil yang dikehendaki. Hal tersebut akan menyusahkan mereka dan islam tidak menyusahkan umatnya. Lihatlah di mana sahaja orang awam akan merujuk segala masalah kepada para ulama dan ustaz. Jawapan yang diberikan tidak perlu ditanya pula, mana dalilnya? Biar ulama dan ustaz itu sahaja yang tahu dalil tersebut.

Pengaruh Wahabi

Asalnya wahabi ini ialah nama pengasasnya Muhamad bin Abdul Wahhab At-Tamimi (1703-1791). Mengikut kajian pengaruh wahabi datangnya dari negara-negara arab yang dibawa oleh pelajar Malaysia yang belajar di sana. Pelajar-pelajar ini ingin membuat perubahan di Malaysia dengan harapan menjadi pendakwah yang membuat perubahan masayarakat ke arah yang lebih sunnah, lebih baik dari yang sedia diamalkan. Tetapi bukan mudah niat itu dilaksanakan kerana di sana terdapat hujah lawan yang sangat kuat untuk dihadapi. Amalan Wahhabi banyak boleh dilihat di Negeri Perlis. Pergilah kemasjidnya pada waktu solat. Anda akan lihat pengaruhnya.

Hujah Lawan

Antara hujah atau alasan pembawaan wahabi ini ditolak oleh ulama tradisi ialah :

1) Apakah ajaran ulama terdahulu yang dipegang oleh penduduk islam Malaysia sehingga sekarang sudah tidak relevan?. Bukankah zaman mereka lebih hampir dengan zaman Nabi Muhammad dan para sahabat? Jika hendak dibandingkan dengan mereka zaman kita lebih terkebelakang. zaman kita penuh dengan fitnah dan kekotoran. Jiwa tercemar dengan segala maksiat walau sedikit ia tetap dosa. Sedikit dosa zaman kita, besar nisbahnya pada zaman mereka.

2) Bukankah perbezaan pendapat itu harus dihormati? Mengapa mempertikaikan amalan orang lain yang tidak disetujui? Kamu lakukanlah apa yang kamu ingin lakukan asalkan ianya ada hujah. Jangan pertikaikan amalan kami yang juga ada hujah tersendiri. Kami tidak mempertikaikan anda maka janganlah anda mempertikaikan kami. Siapakah anda jika hendak dibandingkan dengan ulama terdahulu?.Lakum diinukum wa liya diin….

3) Jika hendak dilakukan pembaharuan lakukanlah ianya untuk diri sendiri yang mungkin ada dalil yang boleh dipakai. Jangan di fatwakan pada masyarakat umum. nanti pening jadinya. Berlapang dadalah dengan amalan orang awam. Tidak salah bukan jika mereka lakukan yang sudah diwarisi sejak turun temurun?. Itu lebih baik dari fitnah yang bakal tercetus jika terus mempertikaikan amalan orang lain.Ingat kata kunci “Jangan Pertikai”dan “jangan fatwakan pada orang awam”. Anda tahu anda buat.

4) Amalan wahabi berasal dari negara timur tengah. Ianya diperkenalkan untuk mengatasi masalah khurafat dan bidaah yang berlaku di sana. Orang arab mudah terpengaruh dengan kedua-duanya jadi sebagai jalan terbaik untuk menghapuskan khurafat dan bidaah adalah dengan menyuruh mereka melakukan perkara yang perlu sahaja. Jika amalan tersebut hendak diperkenalkan di Malaysia, tidak sesuai jadinya. Masyarakat islam Malaysia tidak sama dengan masyarakat arab. Mereka tidak mudah terpengaruh dengan perkara khurafat dan bidaah. Amalan mereka sentiasa dipantau oleh para alim ulama.Malaysia adalah Malaysia. Tidak cukupkah badan pemantau yang ada di Malaysia.

Kesimpulan

Pertembungan dua fahaman ini tidak akan berkesudahan jika pihak wahabi tidak berlapang dada dengan amalan pihak tradisi. Selepas ini konflik antara kedua-dua pihak mungkin tercetus lagi. Kita sama-sama tunggu dan lihat.

komen LT : sedangkan semua 4 mazhab ada pemahaman masing-masing.
namun masih menghormati pandangan masing2..
LT tak tahu...n tak pernah amik tahu
ape maksud bidaah dan wahabi...itulah ilmu..
lagi banyak kita cari byk yg kita tak tahu...
yang baik itu dtg dariNYA
yang buruk itu dari LT....

sumber pembacaan copipez  : ruangantazkirah.wordpress.com

0 kritikan membina dan membinasakan:


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...