My Mr/Mis V.V.I.P ma Friends Forever

LETs : Exchange Links !!

Tuesday, June 26, 2012

Surat chenta untuk FUTURE husband





salam .....
aku nak coret ape eh....
haritu aku ade bace surat untuk future wife...
sile klik link ni ---------------> other khairul blog website penulis original:)





Assalamualaikum ...
Abang 
( panggilan yang akan ku panggil tuk suami yang SAH) 
Terima kasih kerana menerima diri ini seadanya....
sebagai pemaisuri hatimu... 
kucupan dahi....manterai kasihmu.....pada aku.... 
lafaz akad nikahmu...menandakan aku milikmu....
dan akhirnya ley kite buka buku bawu.... 
alam perkahwinan dan sebelum ni..
adelah dua jalan yang berbeza.....
namun ada bagi dirimu adalah sama.....
syurgamu masih adalah terletak pada ibumu...
dan syurgaku adalah terletak pada kamu....
sesungguhnya aku tangungjawabmu.....
kehidupan makin lebih beerti...dan lebih berkat....
Alhamdulillah....


Apa yang pasti....
jadilah imamku pada setiap solatku....
agar dapat kita berdoa ...
demi kesejahteraan keluarga...
terpelihara..(ke jalanNYA)
jadilah pembimbingku...
kearah menjadi lebih baik ..
kerana aku byk kekurangan ...
(lengkap melengkapi ) jadilah pengkritik terhebat 
andai masakan ku tidak memenuhi seleramu..
(sila jangan makan LUAR...) 
jadilah pembantu tatkala aku perlu....
(jgn berkira sangat kudrat...nk buang sampah malas...)
jadilah pencinta jujur dan setia kejalanNYA...


namun....
janganlah....hal dalaman kita jadikan tatapan..
( expose dekat fb dan sewaktu dengannya kerana
 kita bukan artis apetah lagi V.i.P)
pastikan ada komunikasi berkesan...
( xpuas cakap muahhahaha Ooops)
jangan beri nama yang bukan2...pada zuriat kita.... 
biarlah ade nama yg punyai makna... .
kerana nama itu juga doa........ye abang....


ku pinta ...abang...
kejujuran dalam berbicara...
kepercayaan dalam setiap langkah ku.....
( minta izin mu akan diusul heheh) 
kesetiaan selagi aku masih terdaya....
dan jika perlu tambah kuota...
sila buat proposal dulu...
( nyatakan apa kekurangan ku...)


namun begitu abang.....


ku ingin dirimu juga tahu....


Sesungguhnya... . 

Aku bukan perempuan semulia Siti Khadijah.. 
Aku bukan perempuan setabah Fatimah.. 
Aku bukan perempuan secekal Siti Aisyah... 
Aku hanyalah perempuan akhir zaman... 
yang sering terkhilaf dalam tindak tanduk dan bahasaku.. 
aku hanyalah perempuan akhir zaman, 
yang kadang kala mudah terasa jiwanya.. 
dengan tingkah laku manusia sekeliling... . 
walaupun wajah dan ekspresi diri seperti... 
menunjukkan yang aku tak kisah.. 


aku hanyalah perempuan akhir zaman, 
yang cuba dan berusaha 
melengkapkan diriku untuk menjadi pelengkap bagimu...
bakal suamiku... ..
'Amin Ya Rabbal Alamin... .




Deathnote :

Syurga seorang suami terletak di telapak kaki ibunya ..
Syurga seorang isteri terletak di tangan suaminya,
 

iaitu keredhaan suami terhadap isteri

0 kritikan membina dan membinasakan:


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...