My Mr/Mis V.V.I.P ma Friends Forever

LETs : Exchange Links !!

Tuesday, October 22, 2013

Kurangkan BERAT : Mari BERATKIN aka DIET atkin





Peringatan: Pregnant ladies dan wanita yang sedang menyusu baby tidak digalakkan mengamalkan Atkins Diet!!! Consult doctor anda sebelum mengamalkan diet ini...! 



Atkins Nutritional Approach (ANA) dibahagikan kepada 4 peringkat utama yang perlu diikuti dengan penuh berdisiplin dan dedikasi jika anda ingin mencapai tubuh langsing impian anda. 4 peringkatnya ialah: 

1. Induction (permulaan dan pengenalan) 
2 minggu atau lebih, mengikut keadaan dan berat badan. 
2. Ongoing Weight Loss (penyusutan berat berterusan) 
3. Pre-maintenance 
4. Lifetime Maintenance 

Induction ialah peringkat terpenting sekali dalam Atkins Diet kerana ia adalah tapak permulaan kepada corak pemakanan yang berbeza daripada apa yang pernah anda lalui selama ini. Induction sebaik-baiknya dilakukan selama 2 minggu (paling kurang) dan boleh diteruskan selama 6 bulan sehingga 2 tahun, mengikut keadaan kesihatan dan berat badan anda. Yang pasti, lagi berat badan anda atau lagi susah untuk anda menghilangkan berat badan (atau kedua-duanya sekali), lagi lama anda patut berada pada tahap Induction. 

Semasa 2 Minggu Induction: 

1.) Elakkan NASI, MI, MIHUN, LAKSA, LAKSANG, SPAGETTI, FETTUCINI, VERMICELLI, KUEW TIAU dan yang sebangsa dengannya. 

2.) Elakkan Roti, roti berserat, roti bun, rotiBoy, roti canai, roti jala, roti bakar, roti pastries dan apa2 yang sebangsa dengannya. 

3.) Elakkan Gula - gula pasir, gula melaka, gula merah, madu, gula-gula dan apa-apa yang bergula tinggi. 

4.) Elakkan Buah-buahan (lepas 2 minggu baru makan berpada-pada). 

5.) Elakkan minuman bergula, jus buah-buahan, air bergas (coke, pepsi, 100plus, etc), kurangkan pengambilan kopi! 

6.) Elakkan snek seperti Twisties, biskut manis, nachos, popcorn, jeruk manis. 

7.) Elakkan segala bentuk kacang untuk 2 minggu. Tak kira kacang biasa, gajus, kuah kacang, dhal... 

8.) Elakkan makanan berproses seperti kentang goreng, bebola ikan, bebola sotong. 

9.) Elakkan makanan bertepung seperti kek, biskut, kuih-muih.
 


******************************************************** 

Boleh Makan: 

1.) Ayam - panggang, steam, bakar, sup, satay, digoreng tanpa tepung. 

2.) Semua ikan - sama macam ayam, boleh grill, steam, goreng tanpa tepung. Tak kira ikan salmon, pari, tenggiri, terubok, ikan bilis... 

3.) Semua daging - rusa, lembu, kambing - buat steak, satay grill, sup ekor, daging bakar, disalai... asalkan halal. 

4.) Udang - bakar, tomyam, goreng dgn cili boh, etc. Elakkan sotong coz karbohidrat tinggi. 

5.) Sayur, terutamanya sayur hijau. Kurangkan lobak merah, elakkan kentang. Lagi hijau, lagi bagus, macam sawi, bayam, salad, timun... 

6.) Keju jenis cheddar, mozarella, parmesan. Limit kepada 2-3 keping sehari. 

7.) Air kosong, air mineral -minum 8 gelas atau lebih sehari untuk elakkan sembelit. 

8.) Nak makan burger? Buang roti bun atas dan bawah, makan daging burger dengan sayur dan mayonis kat dalam je... 

9.) Pizza? Makan topping kat atas je, roti kat bawah tu kasi orang yang tak perlu diet... 

10.) Makan supplement dan vitamin seperti spirullina dan multi-vitamins untuk menambahkan lagi tenaga dan kuatkan daya ketahanan badan. 



Jangan lupa makan sarapan, tengahari dan makan malam. Makan malam sebelum jam 9 malam. Jangan ponteng makan! 

Contoh sarapan / Breakfast
1.) Telur rebus - 1 biji - (0.6 grams carb)
2.) Chicken slice - 2-3 keping - (0.0 grams carb)
3.) Air suam - 1-2 glass - (0 gram carb)
4.) Keju - 2 keping - (1 gram carb)

Makan Tengahari / Malam
1.) Ikan panggang - 1-2 keping - (0 gram Carb)
2.) Sup Ayam - 1 mangkuk - (0.5 - 1 gram Carb) 
3.) Ayam goreng - 1-2 ketul - (0.5 - 1 gram Carb)
4.) Sayur-sayuran hijau - 1 mangkuk - (1 - 3 grams Carb)
5.) Telur goreng - 1-2 biji - (1 - 1.5 gram Carb)


Carb = Karbohidrat
Jangan lebih drp 20 grams Carb sehari kalau nak kurus!

Nasi - 1 pinggan penuh = 88 grams Carb !
Nasi - 1/2 pinggan (nasi separuh) = 44 grams Carb.
Nasi - 1/4 pinggan = 22 grams Carb.
Mee (mihun/spagetti/laksa/laksang/fettuccinni) = 10 - 100 grams Carb (meehoon paling rendah Carb = lebih kurang 10g sepinggan)

InsyaAllah, try diet ni selama 2 minggu, anda boleh lihat hasilnya.


sumber yg korang boleh rujuk : http://www.atkins.com/Home.aspx
notakakikudibibirmu :

Pastikan anda mempunyai tahap disiplin yang tinggi masa buat induction tu ye.. Tapi lau rasa tak boleh tahan even hari pertama pun, better korang stop dan cuba la cara lain ye.. Sebab bukan semua orang boleh tahan kan bila tak boleh ambil karbohidrat, saranan saya cuba kurangkan dulu bila perut dah biasa baru boleh start induction.. 

0 kritikan membina dan membinasakan:


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...