ada jer tak kena...ini dan itu tak kena.....
mungkin ada khilaf yang kita tidak lupuskan..
mungkin ada kemaafan yang lupa kita layangkan....
Dari Anas r.a katanya:Beberapa orang sahabat Nabi SAW bertanya kepada para isteri baginda tentang amal ibadah baginda ketika sedang bersunyi diri (sendirian). Setelah mendapat jawapan, maka di antara para sahabat itu ada yang berkata:Aku tidak akan berkahwin! Sebahagian lagi berkata,:Aku tidak akan makan daging Yang lain pula berkata :Aku tidak akan tidur di atas kasur (tempat perbaringan). Mendengar ucapan para sahabat itu, Nabi SAW serta merta memuji Allah SWT, lalu baginda bersabda:Bagaimanalah cara mereka berfikir sehingga mereka bercakap begini dan begitu. Padahal aku sendiri solat, tidur, puasa, berbuka bahkan aku bernikah. Sesiapa yang benci kepada cara hidup (sunnahku) maka dia tidak termasuk golonganku.
Huraian Hadith:
Sikap menentang ajaran Islam dan menyimpang jauh dari sunnah Rasulullah SAW amat dibenci oleh agama. Allah SWT berfirman yang maksudnya: "Hai orang-orang yang beriman! Jangan kamu mengharamkan yang baik-baik dari apa yang dihalalkan Allah untuk kamu dan jangan kamu melewati batas, kerana sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang melewati batas." (al-Maidah: 87)
jika diUJI...
Hadith:
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya Tidak ada keberanian yang paling disukai oleh Allah S.W.T selain dari keberanian hamba menahan kemarahan. Tidaklah seorang hamba itu menahan kemarahannya melainkan Allah S.W.T. akan mengisi dadanya dengan keimanan.
Huraian Hadith:
Pengajaran Hadis:
i) Menahan perasaan marah, memaafkan kesalahan orang lain dan berlaku ihsan adalah antara sifat yang mesti dipupuk dalam diri setiap manusia kerana ia boleh menambahkan keimanan.
ii) Marah umumnya menunjukkan sifat seorang yang lemah kerana gagal mengawal emosinya sendiri. Ia merupakan tabiat yang sukar dihapuskan. Apabila marah, kedua mata menjadi merah, urat leher pula kelihatan timbul. Oleh itu Rasulullah mengatakan bahawa kemarahan itu adalah bara api di dalam hati anak Adam dan ia datangnya daripada syaitan yang dijadikan daripada api di mana api hanya dapat dipadamkan dengan air. Maka Rasulullah s.a.w menasihatkan apabila marah, hendaklah seseorang itu berwudhuk (mengambil air sembahyang).
iii) Imam al-Ghazali pula berkata:Kemarahan manusia itu bermacam-macam-macam. Setengahnya cepat marah tetapi cepat tenang. Setengahnya pula lambat marah dan lambat pula tenang dan setengah yang lain pula, lambat marah tetapi cepat tenang. Maka yang ketiga inilah yang paling terpuji.
iv) Tidak semua kemarahan itu dilarang oleh Islam. Marah perlu ada terhadap perkara yang tidak disukai yang menyalahi kebenaran sebagaimana yang diajarkan oleh agama atau perkara yang terang-terang dilarang agama di mana kita dilarang mendiamkan diri jika kehormatan peribadi dan agama dihinakan
sumber : jakim

0 kritikan membina dan membinasakan:
Post a Comment