My Mr/Mis V.V.I.P ma Friends Forever

LETs : Exchange Links !!

Thursday, July 5, 2012

Cara Menghapuskan Dosa ?



sumber gmbr : FB

selamat menyambut nifsu ...syaaban malam tadi..
lama dah tak update bersawang dah ....
ada yg tak fhm maksud nifsu...


MALAM NISFU SYAABAN
Nisfu dalam bahasa arab bererti setengah. Nisfu Syaaban bererti setengah bulan Syaaban. Malam Nisfu Syaaban adalah malam lima-belas Syaaban iaitu siangnya empat-belas haribulan Syaaban. Maka, Nisfu Syaaban adalah peristiwa hari ke-15 dalam bulan Syaabantahun Hijrah. Umat Islam mempercayai yang pada malam Nisfu Syaaban, amalan akan dibawa naik oleh malaikat untuk ditukar dengan lembaran amalan yang baru setelah setahun berlalu. 

semakin menghampiri Ramadhan bersediakah kita...=)

LT ingin berkongsi hadith...

Amalan Yang Menghapuskan Dosa Serta Mengangkat Darjah

Tarikh: 
 Jul 04, 2012
Riwayat: 
 Muslim
Hadith: 
Daripada Abu Hurairah RA, telah bersabda Rasulullah SAW, “Adakah kamu suka aku tunjukkan suatu amalan yang Allah akan menghapuskan dengannya dosa-dosa serta mengangkatkan dengannya beberapa darjat? “mereka berkata, “Bahkan ya Rasulullah”, sabda Rasululullah, “Menyempurnakan wuduk dalam keadaan susah dan membanyakkan langkah ke masjid serta menunggu sembahyang (untuk berjemaah). Demikian itulah (yang dikatakan) “Al-Ribat” (perjuangan menentang musuh dan bersedia menghadapinya).”
Huraian Hadith: 
  1. Menunaikan ibadat adalah sesuatu jihad iaitu yang memerlukan kesabaran dan ketahanan jiwa.
  2. Dosa yang akan diampunkan dengan perkara-perkara yang disebut dalam hadis ini hanyalah dosa-dosa yang berkaitan dengan hak Allah.
  3. Apabila seseorang itu berwuduk dengan sempurna, rajin ke masjid dan sentiasa menunggu waktu sembahyang serta berjemaah nescaya Allah akan menghapuskan dosa-dosanya(dosa kecil) serta ditingkat darjatnya.

Kelebihan Sembahyang Subuh Dengan Asar

Tarikh: 
 Jul 05, 2012
Riwayat: 
 Bukhari dan Muslim
Kategori: 
 Ibadah
Hadith: 
Daripada Abu Musa Al-Asyaari RA katanya, Rasulullah SAW telah bersabda, “Sesiapa yang mengerjakan dua waktu sejuk,(subuh dan asar), Allah SWT akan memasukkannya ke dalam syurga.”
Huraian Hadith: 
  1. Di dalam hadis ini menghuraikan kelebihan sembahyang Subuh dan Asar .
  2. Semua waktu sembahyang wajid dipelihara dan ditunaikan.



    sumber : JAKIM



notakakikudibibirmu :
:) alhamdulillah masih bernyawa..

0 kritikan membina dan membinasakan:


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...