My Mr/Mis V.V.I.P ma Friends Forever

LETs : Exchange Links !!

Saturday, September 1, 2012

Larangan Menunjuk-nunjuk Kejahatan




Assalamualaikum..
sekdar berkongsi apa yang dibaca....
dalam website JAKIM....
sebab LT tertanya apa hukum org yg menunjukk kejahatan..
seperti dia pernah berzina atau meminum arak....
sbb terjadi dalam kehidupan seharian kita akan berjumpa..
terdengar si fulan..yg bercerita....hal2 mcm ni...
sekdr renungan...


Riwayat: 
 Bukhari dan Muslim
Hadith: 
Daripada Abu Hurairah RA katanya, “Aku telah mendengar Rasulullah SAW katanya, “Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda, “Setiap umatku akan dimaafkan melainkan orang-orang yang menunjuk-nunjuk perbuatan dosa (supaya diketahui oleh orang lain). Sesungguhnya antara perbuatan menunjuk-nunjuk itu ialah seseorang melakukan suatu perbuatan diwaktu malam kemudian berpagi-pagi dia bercerita sedangkan Allah telah menutupinya”, tiba-tiba dia berkata, “Wahai fulan, semalam aku telah melakukan begini dan begini”. Orang itu semalam-malaman telah ditutupi celanya oleh Allah, tetapi pagi-pagi dia membuka tutupan Allah ke atas dirinya."
Huraian Hadith: 
  1. Amaran dan celaan daripada Rasulullah SAW terhadap orang-orang yang menunjuk-nunjuk perbuatan dosanya kepada orang lain.
  2. Orang Islam yang telah terlanjur melakukan dosa dilarang daripada membuat hebahan supaya diketahui oleh orang lain dan dinasihatkan supaya dia bertaubat kepada Allah SWT.
  3. Melakukan maksiat secara terang-terangan dan berbangga dengannya menunjukkan bahawa seseorang itu memandang remeh dan memperkecilkan agama, merendah-rendahkan hak Allah dan Rasulnya serta golongan yang soleh
    p/s bagi mereka2 yang pernah terdengar....tentang aib..orang.....sila baca.....ayat dibawah ini..

    Jangan Mendedahkan Aib Orang lain

    Tarikh: 
     Jul 27, 2012

    Riwayat: 
     Bukhari dan Muslim
    Kategori: 
     Akhlak
    Hadith: 
    Daripada Ibnu Umar R.huma bahawasanya Rasulullah SAW bersabda, “Orang Islam itu adalah saudara kepada seorang Islam yang lain, tidak boleh dia menzaliminya atau membiarkannya dizalimi. Sesiapa yang memenuhi hajat saudaranya nescaya Allah akan memenuhi hajatnya dan sesiapa menolong seorang Islam lain untuk melepaskan daripada satu kesusahan nescaya Allah akan melepaskannya daripada kesusahan dan penderitaannya dihari kiamat. Sesiapa yang menutup keaiban seseorang Islam nescaya Allah akan menutup keaibannya di hari kiamat”. 
    Huraian Hadith: 
    1. Setiap orang Islam adalah bersaudara antara satu dengan yang lain.
    2. Setiap orang Islam berkewajipan menolong saudara seagamanya yang ditimpa kesusahan.
    3. Seorang Islam tidak boleh mendedahkan keburukan saudaranya kepada orang lain bahkan dia wajib merahsiakannya.
    4. Islam ialah agama yang mengutamakan persaudaraan, tolong-menolong dan lindung-melindungi daripada kemungkaran.
    5. Islam memelihara hak masyarakat dan menyeru umatnya merealisasikan jaminan sosial dalam semua bentuk kehidupan bermasyarakat sama ada kebendaan atau rohani.

      sumber : JAKIM

    notakakiku
    sekadar renungan bersama...
    Jangan bukan AIB orang. ..Jangan DEDAH aib Sendiri...

    perkongsian..;)
    Firman Allah: Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan dan rahmatNya, maka ALLAH ciptakan untuk kamu (kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikannya di antara kamu perasaan mawaddah dan rahmah. (al-Rum, ayat 21)


    picture : google image, lengangkangkung blogspot.

1 kritikan membina dan membinasakan:

Izzah | zulkifli said...

salam! saya dengan rendah diri menge-tag awk untuk contest nie. Jemput lah singgah blog saya ye? :)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...