Sejarah kezaliman Hosni Mubarak dan Anwar Sadat
Mutakhir ini banyak peristiwa yang berlaku dalam negara kita menampakkan tanda-tanda yang Islam sedang menghadapi cabaran hebat.
Bukan setakat di Malaysia, malah di seluruh dunia. Di awal abad ke 21 ini, Islam bukan setakat menghadapi tentangan dari pihak musuh Yahudi dan Nasrani saja, malah ditentang dan dibenci oleh para pemerintah yang beragama Islam sendiri.
Lihat saja bagaimana tergamaknya Presiden Mesir Hosni Mubarak membina tembok besi antara sempadan Mesir - Gaza, Palestine.
Pada asasnya macam tak percaya bagaimana seorang Muslim sanggup bertindak sedemikian rupa sedangkan dia sendiri tahu Wilayah Gaza telah musnah teruk akibat serangan biadap Regim Zionis Yahudi pada tahun lalu.
Mengapa orang seperti Hosni Mubarak ini sanggup bertindak begitu ? Tergamak merelakan dirinya diperalatkan oleh Regim Zionis yang telah membunuh puluhan ribu saudara Islamnya sendiri di bumi Palestin. Di manakah letak duduknya iman dan Islam orang sepertinya ?
Ekoran tindakan zalim dan tak berperikemanusiaan Hosni terhadap rakyat Palestin ini, saya menjangkakan mungkin dia akan mengalami nasib yang serupa sebagaimana yang dialami oleh Presiden Anwar Sadat yang mati ditembak.
Samada partinya akan terus memerintah Mesir atau sebaliknya, itu bergantung kepada sikap dan kesedaran rakyat Mesir seluruhnya.
Namun hakikat yang perlu diakui fahaman sekular telah merosakkan sebahagian besar daripada rakyat Mesir. Kita lihat saja bagaimana telatah dan gaya berpakaian artis wanita Mesir hari ini. Seksi dan menjolok mata.
Seperkara lagi yang nyata adalah pemimpin sekular Mesir memang sangat benci dengan Gerakan Ikhwanul Muslimin.
Kebencian mereka ini jelas terbukti apabila Assyahid Imam Hasan Al-Bana mati ditembak di hadapan bangunan pejabat Ikhwan di Kaherah. Begitu juga dengan Assyahid Syed Qutb yang mati di tali gantung di penjara Mesir.
Ramai di kalangan sahabat yang balik dari Mesir beritahu tekanan terhadap Gerakan Islam di sana lebih hebat dan dahsyat berbanding di Malaysia.
Ramai pemimpin Ikhwanul Muslimin yang dipenjara dan disiksa oleh Rejim Sekular Mesir. Ada yang mengalami kecederaan teruk dan tidak kurang pula yang mati di dalam penjara neraka Mesir.
Majoriti rakyat Mesir pula diugut dengan pelbagai hukuman jika mendekati, menyokong dan menjadi ahli Ikhwanul Muslimin. Sewaktu saya pergi menunaikan Umrah dalam bulan April tahun lalu, beberapa orang rakyat Mesir yang saya temui dan sengaja saya bertanya tentang 'Ikhwanul Muslimin'.
Mereka langsung tidak menjawab malah air muka mereka berubah walau mungkin jauh di lubuk hati mereka memang menyokong Ikhwan. Sebenarnya mereka takut dan bimbang akan dihidu oleh agen-agen Hosni Mubarak yang ada di Madinah dan Mekah. Itulah yang dimaklumkan kepada saya oleh sahabat.
Mari kita singkap semula sejarah bagaimana tindakan Nasionalis Arab dalam memerangi kebangkitan Islam di bumi Mesir.
Anwar Sadat
Anwar Sadat menjadi Presiden Mesir pada bulan September 1970 selepas kematian Presiden Gamal Abd.Nasser. Selepas 8 bulan menaiki takhta, pada pagi 15 Mei 1971 berlaku cubaan rampasan kuasa oleh kumpulan Ali Sabri tetapi berjaya dipatahkan oleh Presiden Sadat dengan bantuan tentera elit yang dipanggil pengawal istana.
Selang beberapa hari kemudian, Presiden Sadat membuat ucapannya melalui radio dan TV Mesir serta mengisytiharkan kepada rakyat Mesir bahawa beliau sajalah ketua mereka. Dan antara ucapan yang memeranjatkan seluruh rakyatnya bila dia menyebut "Saya akan mencincang sesiapa saja yang membuka mulut."
Selepas menaiki takhta, Sadat menukar hala dari Rusia ke Amerika pada tahun 1973 kerana terpaksa mempamerkan watak demokratik bagi membezakan dirinya dengan Gamal Nasser yang zalim itu. Sebenarnya rakyat Mesir keluar dari mulut buaya dan masuk pula ke mulut naga berapi.
Di samping mewarisi Kitab ideologi Al-Mithaq (Undang-Undang Kebangsaan 1962) dan konsep satu parti (Sosialis Arab), Sadat juga mewarisi semua akta zalim yang berlandaskan kepada tentera dan polis rahsia.
Kezaliman Pemerintahan Tentera
Sejarah zalim Mesir bermula pada Disember 1952 apabila perlembagaan Mesir dibatalkan oleh Junta Tentera. Semua parti politik diharamkan selepas itu. Dan pada bulan Jun 1956, undang-undang baru dibuat oleh pegawai tentera dan Dewan Negara ditubuhkan secara rasmi pada Julai 1957, sejurus selesainya pilihanraya.
Pilihanraya ini hanya ditandingi oleh wakil-wakil yang dipilih oleh kerajaan tentera pada ketika itu. Mesyuarat Persatuan Kebangsaan Bagi Angkatan Popular yang terdiri 1,750 orang ahli dari pelbagai persatuan dan pekerjaan berlangsung pada Mei 1962 untuk meluluskan Perlembagaan Kebangsaan (yang membawa Nasser ke jalan sosialis).
Semua persatuan ini turut diharamkan, juga Persatuan Kebangsaan 1958 dan digantikan dengan Persatuan Sosialis Arab dengan menetapkan syarat 50% dari perwakilan mereka mestilah pekerja dan petani. Di sudut teorinya Persatuan Sosialis ini berlandaskan kepada penyertaan pekerja tetapi di sudut praktikal ianya dikawal oleh tentera.
Untuk mengukuhkan kedudukannya, Sadat menyusun semula jentera kerajaan di semua peringkat. Seluruh musuh dan penentangnya ditangkap dan dihukum manakala beribu penjawat awam diarah bersara awal. Tindakan ini adalah bagi memastikan tiada lagi wujud unsur-unsur penentangan terhadapnya dalam semua jabatan.
Pada Julai 1971, telah diadakan pilihanraya bagi Dewan Negara, Persatuan Sosialis Arab, Persatuan Pekerja dan badan-bdan profesional. Pemimpin lama digugurkan dan para pengikut setia dan penjilat dilantik.
Dua bulan selepas itu perlembagaan baru digubal, mereka yang menyokong puak Ali Sabri turut digugurkan, dihina dan ditarik balik semua hak mereka, antaranya Naib Presiden Hussein Shafei dan pengarang Al-Ahram, Muhammad Hussien Haikal melalui pelbagai undang-undang dan akta. Sadat juga menetapkan sebarang bentuk penentangan dan rasa tidak puas hati terhadapnya sebagai satu jenayah.
Bila berlaku satu rusuhan pelajar yang hebat pada awal musim panas 1972, telah menyebabkan Sadat membuat undang-undang baru yang dinamakan undang-undang melindungi Perpaduan Nasional pada bulan Ogos 1972. Mereka yang menentang kerajaan dengan kekuatan atau mencetuskan rusuhan antara orang Islam dan Kristian boleh dihukum hingga ke penjara seumur hidup.
Kemudian Sadat membuat perubahan dengan memperkenalkan perdagangan liberal dan menggalakkan pelaburan asing. Kelas menengah yang telah sejuk beku sebelum ini dihidupkan kembali dan memperolehi semula harta mereka.
Manakala tiga orang anak perempuannya dikahwinkan dengan pemuda hartawan dengan temasya besar-besaran manakala rakyat diingatkan supaya berkorban dan menunggu kesenangan yang semakin hampir.
Rasa tidak puas hati rakyat mula timbul ekoran polisi perdagangan negara diubah satu persatu. Propaganda Sadat tidak berjaya menyembunyikan kemarahan rakyatnya.
Selepas rusuhan anti-kerajaan berlaku antara Januari - Mac 1975 di Cairo dan di bandar kain Al-Mahallah al Kubra, Menteri Dalam Negeri Mesir General Manduh Salem dilantik menjadi Perdana Menteri.
Maka bermulalah penyiksaan, kezaliman dan hukuman penjara ke atas mereka yang menentang kerajaan Sadat. Semuanya ini semakin menambahkan lagi kemarahan rakyat sehingga berlakunya satu rusuhan besar pada 15 dan 19 Januari 1977 yang menggoncang dan menggugat kedudukan rejim Mesir.
Bukannya masalah rakyat yang diselesaikan tetapi satu lagi undang-undang zalim digubal pada Februari 1977.
Menurut undang-undang yang digubal ini, kesalahan yang boleh dihukum penjara seumur hidup termasuk penubuhan parti politik atau jamaah tanpa izin kerajaan, penubuhan kumpulan yang boleh merosakkan harta benda, orang ramai atau individu, lari dari cukai, menghasut rakyat, menghalang kegiatan kerajaan dalam bidang perniagaan atau pusat pengajian, mogok dan sebagainya.
Imam masjid yang menerima gaji dari kementerian Auqaf dilarang mencampurkan agama dengan politik dalam setiap khutbah mereka. Sadat kerap menyebut jangan mencampur-adukkan agama dengan politik.
Undang-Undang Melindungi Malu
Pelbagai jenis undang-undang digubal oleh Sadat melalui undian rakyat bagi menampakkan dirinya lebih terbuka sedangkan hakikatnya adalah semata-mata untuk memastikan dirinya berkuasa penuh ke atas Mesir tanpa ditentang dan digugat oleh sesiapa pun.
Kemuncak kepada pemusatan kuasa ini berlaku pada April 1980 apabila satu akta zalim yang dipanggil "Undang-Undang Melindungi Malu" diluluskan. Akta ini bertujuan untuk menghapuskan sama-sekali sebarang rasa tidak puas hati dan penentangan rakyat terhadap pemerintahannya.
Sesiapa yang didakwa di bawah Undnag-Undang ini tidak dibenarkan merayu (serupa dengan Akta Zalim ISA). Rakyat menentang dengan hebatnya undang-undang ini, dan akhirnya rayuan diizinkan tetapi mesti diajukan kepada Jawatankuasa Tertinggi Kehakiman Nilai. Dan keputusan jawatankuasa ini tidak boleh dipertikaikan.
'Penjenayah' di bawah akta ini akan dibicara oleh Sidang Kehakiman Nilai dan dihukum oleh Jeneral Penghukum Sosialis. Di bawah akta ini, sebarang perbuatan atau tindakan menyokong sebarang pendapat yang bercanggah dengan Islam (Islam tafsiran mereka) atau mengajak orang menentang kerajaan boleh dikenakan hukuman 6 bulan hingga 5 tahun penjara serta dilucutkan hak politik dan diharamkan memegang sebarang jawatan penting dalam negara, sektor awam dan persatuan profesional.
Sebenarnya akta ini dibuat khusus untuk menekan segala aktiviti politik terutamanya gerakan Islam dan kumpulan berhaluan kiri. "Undang-Undang Melindungi Malu" ini ditandatangani oleh Sadat sendiri pada hari yang sama beliau mengharamkan negara darurat yang telah wujud sejak zaman Nasser lagi.
Di bawah undang-undang ini, sepatah perkataan menentang kerajaan akan dianggap sebagai jenayah. Kerajaan Sadat hanya 'menutup telinga' terhadap kritikan para profesioanal tempatan yang berada di luar negara.
Kumpulan profesional ini selalunya dihina dan dizalimi. Surat khabar Mesir selalu menggelar mereka sebagai pembelot atau agen kuasa luar. Sadat berkuasa penuh di bawah undang-undang ini bagi menghukum seteru politiknya dan juga mempunyai kuasa veto terhadap calon-calon yang bakal memimpin persatuan atau badan kooperasi.
Sadat turut membuat satu lagi undang-undang baru bernama Majlis As-Syura. Kuasanya rendah sedikit dari Dewan Rakyat namun pada fikiran Sadat majlis ini akan mengukuhkan lagi kedudukan kuasanya. Pada pilihanraya majlis ini, semua parti pembangkang menentang dan menganggapnya sebagai sandiwara yang sengaja diadakan.
Pembunuhan Sadat
Akhirnya Anwar Sadat menemui ajalnya pada 6 Oktober 1981. Dia ditembak mati ketika perbarisan ketenteraan oleh ahli tentera yang merupakan sebahagian daripada Jihad Islam Mesir yang menentang perjanjiannya dengan Israel dan juga tindakan kejamnya dalam tindakan bulan September.
Omar Abdel-Rahman adalah 'syeikh buta' yang memberi inspirasi agar Anwar Sadat dibunuh. Omar juga yang memberi kelulusan agar Pengeboman World Trade Center 1993 dilakukan.
Dalam lintas hormat itu, Anwar dikawal oleh 4 lapisan keselamatan. Bagaimanapun ketua pegawai keselamatannya sedang mengerjakan haji di Mekah.
Jet pejuang Mirage terbang rendah melakukan lintas hormat di udara. Anwar Sadat berdiri menerima tabik hormat. Pembunuh keluar dari trak-trak tentera dan melontar grenade dan melepaskan tembakan selama dua minit.
Jurufoto Bill Foley berjaya merakam detik-detik 'senyuman terakhir' itu. Khalid Islambouli menjerit "Matilah kamu Firaun!" sambil melepaskan tembakan bertalu-talu.
Tujuh terbunuh termasuk Duta negara Cuba Jeneral Omani. 28 orang cedera termasuk James Tully, Menteri Pertahanan Ireland dan 4 pegawai tentera Amerika Syarikat.
Anwar dikejarkan ke hospital tetapi disahkan mati . Ini adalah sejarah pertama di Mesir, pemimpin negara dibunuh oleh rakyatnya sendiri.
Dua penyerang ditembak mati dan lain-lain ditahan oleh polis Mesir. Khalid Islambouli didapati bersalah dan dijatuhi hukuman mati pada April 1982.
Kezaliman dan kejahatan Sadat ini diteruskan sehingga kini oleh Hosni Mubarak.
Renungan buat umat Islam ......
Jazakallahmonaz
LT : untuk pembacaan sendiri
jum bace website ni...
banyak INFO...
tekan bawah ni...
How Hosni Mubarak Got So Rich???
http://satuumat.blogspot.com
MaDeathNote : 30 tahun memerintah..pada usia 82thn
memang patut..lah bagi line kat org lain..;)
0 kritikan membina dan membinasakan:
Post a Comment