My Mr/Mis V.V.I.P ma Friends Forever

LETs : Exchange Links !!

Friday, March 11, 2011

FITNAH vs GHIBAH





assalamualaikum...

salam jumaat...kali nih LT mahu share..
ade benda menarik nak d kongsi...
LT tengah bergoogle...dan membace artikel menarik...
ape itu FITNAH dan GHIBAH...???




  • Jika kita cerita keburukan orang lain tetapi cerita tersebut tidak benar, ia dinamakan FITNAH. Membuat fitnah adalah berdosa.

  • Jika kita cerita keburukan atau kekurangan seseorang orang lain dan cerita tersebut memang benar, ia dinamakan GHIBAH(mengumpat). Mengumpat pun berdosa.

"Wahai orang-orang yang beriman dengan lisan; akan tetapi iman belum menyerap ke dalam hati, janganlah kalian menyakiti orang lain. Jangan mengintai-intai cacat cela mereka, sesungguhnya barangsiapa yang cacat celanya diintai oleh Allah nescaya Allah akan bukakan pekungnya walaupun di tengah rumahnya sendiri. "
(Hadith ini adalah riwayat Abu Daud)

"Barangsiapa yang mendengar saudaranya diumpat namun dia tidak membelanya padahal dia mampu maka dia ikut menanggung dosa umpatan itu di dunia dan di akhirat.
(Hadith Asfahani)


"Sesiapa dari kalangan orang Islam yang tidak membela orang Islam lain apabila kehormatannya dicerobohi dan nama baiknya dicacati maka niscaya Allah membiarkan nasibnya ketika dia sangat memerlukan pertolongan Allah Subhanahu Wata'ala. Dan mana-mana orang Islam yang menolong orang Islam lain ketika nama baiknya dan kehormatannya diceroboh niscaya Allah akan menolongnya ketika dia sangat-sangat memerlukan pertolonganNya (Allah). " (Hadith riwayat Abu Daud)

"Barangsiapa yang mempertahankan maruah saudaranya ketika saudaranya itu tidak ada di hadapannya maka wajiblah Allah melepaskannya dari siksa neraka. "

(Hadith riwayat Ahmad)

Nabi s.a.w. bersabda, "Orang yang sempurna Islamnya ialah orang yang menyelamatkan orang islam yang lain dari gangguan lidahnya dan tangannya dan orang yang berhijrah sebenarnya ialah orang yang meninggalkan apa yang dilarang Allah". (Riwayat Bukhari)

Rasulullah S.A. W. bersabda yang bermaksud "Mengumpat itu ialah apabila kamu menyebut perihal saudaramu dengan sesuatu perkara yang dibencinya." (Hadis Riwayat Muslim).

Dosa mengumpat bukan saja besar, malah antara dosa yang tidak akan diampunkan oleh Allah biarpun pelakunya benar-benar bertaubat. Dosa mengumpat hanya layak diampunkan oleh orang yang diumpatkan. Selagi orang yang diumpatnya tidak mengampunkan, maka dosa itu akan kekal dan menerima pembalasannya diakhirat. Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: Awaslah daripada mengumpat kerana mengumpat itu lebih berdosa daripada zina. Sesungguhnya orang melakukan zina, apabila dia bertaubat, Allah akan menerima taubatnya. Dan sesungguhnya orang yang melakukan umpat tidak akan diampunkan dosanya sebelum diampun oleh orang yang diumpat" (Hadis riwayat Ibnu Abib Dunya dan Ibnu Hibbad).

Disebabkan mengumpat terlalu biasa dilakukan, maka ia tidak dirasakan lagi sebagai satu perbuatan dosa besar.

Mengumpat dan mencari kesalahan orang lain akan mendedahkan diri pelakunya diperlakukan perkara yang sama oleh orang lain. Allah akan membalas perbuatan itu dengan mendedahkan keburukan dirinya.

Sabda Rasulullah S.A.W. "wahai orang beriman dengan lidahnya tetapi belum beriman dengan hatinya! Janganlah kamu mengumpat kaum muslim, dan jangan lah kamu mengintip-intip keaibannya. Sesungguhnya, sesiapa yang mengintip keaiban saudaranya, maka Allah akan mengintip keaibannya, dan dia akan mendedahkannya, meskipun dia berada dalam rumahnya sendiri" (Hadis riwayat Abu Daud).

Orang yang mengumpat akan mendapat kerugian besar pada hari akhirat.

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud : Perbuatan mengumpat itu samalah seperti api memakan ranting kayu kering. Pahala yang dikumpulkan sebelum itu akan musnah atau dihapuskan seperti mudahnya api memakan kayu kering sehingga tidak tinggal apa-apa lagi.

Diriwayatkan oleh Abu Ummah al-Bahili, di akhirat seorang terkejut besar apabila melihat cacatan amalan kebaikan yang tidak pernah dilakukannya didunia. Maka, dia berkata kepada Allah "Wahai Tuhan ku, dari manakah datangnya kebaikan yang banyak ini, sedangkan aku tidak pernah melakukannya". Maka Allah menjawab :"Semua itu kebaikan (pahala) orang yang mengumpat engkau tanpa engkau ketahui".

Sebaliknya, jika pahala orang yang mengumpat tidak ada lagi untuk diberikan kepada orang yang diumpat, maka dosa orang yang diumpat akan dipindahkan kepada orang yang mengumpat. Inilah orang yang muflis diakhirat nanti.

LT mahu sentuh...fitnah dalam organisasi ..
seringkali terjadi.....
ini dinamakan konflik....
cara nk mengelakan...dari berlarutan...

Apabila kamu memulakan sesuatu dengan perbuatan yang jahat, adakah kamu sangka yang kamu akan dapat kebaikan dari perbuatan itu? Contohnya, kamu menghasut perselisihan pada kalangan ahli dalam organisasi, adakah kamu rasa yang perbuatan itu akan menolong organisasi anda? Pada hakikatnya, orang yang menghasut kita supaya melanggar perjanjian amal di dalam organisasi adalah tidak beriman atau dia mengurangi imannya. Adakah kita menyangka bahawa kita akan dapat kebaikan dari orang yang tidak beriman? JAwabnya tentulah tidak. Sebarang perbuatan yang salah tidak akan membawa natijah yang berguna walaupun dia mempunyai niat yang baik.

Sesungguhnya Allah akan menampakkan ketidakbenarannya di dalam Al Quran. Bahawasnaya Allah SWT tidak suka setiap pengkhianat lagi banyak dosa.

" Sesungguhnya Allah tidak akan membiarkan terus berlangsungnya pekerjaan orang-yang membuat kerusakan. (Yunus:81)

Nasihat ‘Umar bin ‘Abdul ‘Aziz kepada salah seorang dari gabenornya:

“Berbuatlah kamu seperti seorang lelaki yang tahu bahawa Allah tidak akan memanfa’atkan ‘amal orang yang mufsid.”

Begitu, ada sebuah kaedah yang berbunyi:

“Sesuatu yang memudharatkan hendaklah dibuang.”

Jika tidak, akan semakin bertimbun perbuatan-perbuatan yang salah. Kita ‘arif tentang contoh yang diberikan oleh Rasulullah SAW tentang sebuah kapal dua tingkat. Apabila orang di bawah hendakkan air, dia naik ke atas. Kali ini dia berkata: “Mengapa perlu kita ganggu orang di tingkat atas? Bagaimana jika kita buat lubang di sini untuk dapatkan air?” Jadi, Rasulullah SAW menyuruh kita menyekat orang bawah dari berbuat demikian untuk menyelamatkan semua orang. Jika kita tidak menyekat mereka yang melakukan kesalahan, keseluruhan jama’ah akan menderita. Oleh itu kita hendaklah berhati-hati, kadangkala kita boleh kenali air muka orang yang munafiq dan perbuatannya.

Allah berfirman:

Dan peliharalah dirimu dari pada siksaan yang tidak khusus menimpa orang-orang yang zalim saja di antara kamu. dan Ketahuilah bahwa Allah amat keras siksaan-Nya.(Al-Anfaal:25)

Apabila seseorang itu melakukan perbuatan yang benar-benar salah, kita hendaklah menyingkirkan perbuatan itu. Kita mesti menyatakan bahawa perbuatan itu salah tetapi kita mungkin mema’afkan orang yang melakukannya dan menasihatinya dari melakukannya di lain kali.

dicopypaste untuk kebaikan bersama
dari ..KLIK sini...
dan dicopypaste dari sini KLIK

sila klik...untuk sumber asal


peringatan lain.......

IMAM Syafie ada menegaskan: "Marah adalah satu di antara panah syaitan yang mengandungi racun. Oleh itu hindarilah ia agar kamu dapat menewaskan syaitan dan bala tenteranya."



Apabila marah dituruti, ia akan membakar kebaikan seperti api membakar kayu dan tiada yang tertinggal kecuali debu.


Menjauhi Tujuh Dosa Besar


Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

Jauhilah diri kamu daripada tujuh dosa yang boleh membinasakan.Baginda ditanya:”Apakah dosa itu wahai Rasulullah?” Baginda berkata:" Syirik kepada Allah, sihir, membunuh jiwa yang diharamkan oleh Allah melainkan dengan jalan yang benar, memakan harta anak yatim, memakan riba, lari dari medan pertempuran perang dan menuduh perempuan yang suci melakukan zina.”

[ Riwayat Muslim]




Berpada-pada

Dari Abu Hurairah r.a daripada Nabi s.a.w bersabda

"Seseorang mukmin belum sempurna imannya hinggalah ia meninggalkan dusta ketika bergurau dan meninggalkan bertengkar sekalipun benar.”


1. Bergurau janganlah melampaui batas kesopanan hingga menyakiti atau menghina sehingga menyebabkan dukacita dan sebagainya. 2. Banyak bergurau boleh menyebabkan hati seseorang mati dan mengurangkan kehebatan bahkan bergurau dengan cara mengolok-olok, mengumpat, menghina, menjatuhkan maruah boleh mendatangkan dosa sama ada orang yang melakukannya itu menyedarinya ataupun tidak. 3. Selaku seorang Islam kita haruslah berlapang dada (toleransi) dalam menghadapi perbedaan pendapat di mana Islam melarang kita bertengkar hingga menyebabkan timbulnya pertikaian dan saling berhujjah, mengkafirkan atau menganggap yang lain halal darahnya (bunuh-membunuh). ... wallahu'alam

.

sambungan ....

Tazkirah Anonymous menulis: "Al-Imam Al-Ghazali dan Al-Imam Al-Nawawi mendedahkan kepada kita 6 keadaan perbuatan mengumpat itu dibolehkan oleh Syarak.

Kesimpulannya adalah seperti berikut

1. Orang yang dizalimi membuat aduan kepada pihak pemerintah seperti Khalifah dan hakim ataupun kepada orang yang mempunyai kemampuan berkaitan dengan individu yang menzaliminya agar kezaliman itu akan dibanteras.

2. Perbuatan mengumpat ( mendedahkan ) itu adalah bertujuan untuk membasmi kemungkaran seperti apabila seseorang berkata kepada orang yang mempunyai kemampuan untuk mengubah kemungkaran "Si Fulan melakukan kemungkaran maka cegahlah ia daripada kemungkaran tersebut". Namun hendaklah niat mengumpat atau pendedahan tadi semata-mata kerana ingin mencegah kemungkaran.

3. Meminta fatwa daripada seorang mufti yang mana orang yang bertanya terpaksa menggunakan umpatan bagi menjelaskan masalahnya kepada sang mufti. Contohnya si penanya bertanya "Ayah saya menzalimi saya kerana sebab begini dan begini. Bagaimanakah cara untuk saya mendapatkan hak saya?"

4. Memberikan peringatan kepada para muslim terhadap kejahatan seseorang agar setiap orang dapat menghindari kejahatannya.

5. Apabila seseorang itu menzahirkan kemungkaran yang dilakukannya. Maka ketika itu tidak mengapa seandainya kita menghebahkan kepada masyarakat kejahatan yang dilakukannya kerana dia sendiri telahpun menzahirkan kejahatannya secara terang-terang. Walaubagaimanapun kejahatan yang dibenarkan untuk didedahkan hanyalah perbuatan munkar yang dilakukannya secara terang-terangan. Adapun kejahatan lain yang dilakukannya secara bersembunyi maka haram hukumnya untuk didedahkan kepada masyarakat umum.

6. Mengumpat dengan tujuan mengenali seseorang. Apabila seseorang individu dikenali dengan sesuatu aib yang ada pada dirinya maka kita boleh menggunakan gelarannya yang merupakan aib tersebut atas tujuan untuk mengenali orang tersebut. Namun kebenaran ini dibolehkan dengan syarat si pemilik aib tersebut tidak merasa marah dengan gelaran aib yang disandarkan kepadanya selepas gelaran tersebut dikenali oleh orang ramai.


Sabda nabi Muhammad SAW,


Sampaikan daripadaku walau sepotong ayat .”
Allah SWT berfirman dalam

[ surah al-Maidah ayat 2]

Bertolong-tolonglah kamu berbuat kebaikan dan takwa dan

janganlah kamu bertolong-tolongan membuat dosa dan aniaya.” ."




notakakikudibibirmu

LT hanya manusia biasa..
membuat kesilapan..
ku akui byk membuat salah
sepanjang hidup ini..
kita bukan bersifat '' maksum"
semoga mereka memaafkan salah silap
keikhlafan diri...
dan aku juga memaafkan mereka....
sekadar memuhasabah diri...
bile membaca...isu sebegini...

yang baik itu datang dariNYA
yang jelek itu datang dari diriKU


0 kritikan membina dan membinasakan:


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...