My Mr/Mis V.V.I.P ma Friends Forever

LETs : Exchange Links !!

Sunday, July 10, 2011

Singgah blog aku sat , bleh ?



nak berkongsi....
mari membaca ....:)
tima kasih kerana singgah....
blog LT walaupun sesaat...
korang mmg best :)



dalam kehidupan..
kita perlukan matlamat..
bila ada matlamat..
bawu kiter ade tujuan...
bila ade tujuan...
mesti ade SWOT analisis..
Oops..sudah termasuk bidang d pulak hehe...

aperpun mari hayati ..
benda yang nak dikongsi ni..
sesaat pun jadilah :)


sesungguhnya

DIRI BELAJAR DARIPADA KEHIDUPANNYA

Jika diri diasuh dengan KEANGKUHAN, dia belajar erti TAKABBUR,
Jika diri diasuh dengan KELEMAHAN, dia belajar erti HINA DIRI,
Jika diri diasuh dengan PERMUSUHAN, dia belajar MEMBENCI,
Jika diri diasuh dengan PENTINGKAN DIRI, dia belajar erti MENGKHIANATI.

Namun... ... ..

Jika diri diasuh dengan NILAI INSANI, dia belajar HARGA DIRI,
Jika diri diasuh dengan KEPAYAHAN, dia belajar erti MENGASIHI,
Jika diri diasuh dengan BELAS BUDI, dia belajar erti MENSYUKURI,
Jika diri diasuh dengan MENUKIL KARYA, dia belajar MANFAAT ILMU,
Jika diri diasuh dengan DIDIKAN TAQWA, dia belajar erti HAYATI AGAMA.
Jika diri diasuh dengan JIWA RAKYAT, dia belajar MUAFAKAT,
Jika diri diasuh dengan PENGALAMAN, dia belajar erti HAKIKAT KEHIDUPAN..



renungan... .bersama..

ALLAH berfirman,“Maka ingatlah AKU nescaya AKU akan mengingatimu dan syukurilah atas nikmat-KU dan janaganlah sekali-kali kamu kufuri nikmat-KU.” (Al-Baqarah, 152)
Di antara tanda bersyukur ialah sentiasa bersabar dan teguh iman menerima ujian ALLAH.

Sikap yang bertentangan dengan ini ialah rasa rakus untuk memiliki kesemuanya hingga membabitkan hak orang lain. Orang begini akan semakin kufur apabila dilimpahi nikmat, apalagi tatkala ditimpa petaka. Dia akan mudah menyalah-nyalahkan takdir dan menyalah-nyalah TUHAN.

Dan Islam juga menentang sikap tamak hingga melahirkan perasaan mencintai harta melebihi daripada kecintaan terhadap ALLAH dan Rasul-NYA. Ketika itu suruhan agama dibantah dan dianggap sebagai cara jahat untuk mengambil hartanya.

Ingat janji ALLAH, “Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti KAMI akan menambah (nikmat) kepadamu dan jika kamu mengingkari (nikmat-KU), maka sesungguhnya azab-KU sangat pedih.” (Ibrahim, 7)


begitu jugak bila kita frust dalam sesebuah hubungan... .@ kehidupan
Firman ALLAH,“Dan sesungguhnya akan KAMI berikan cubaan kepadanya, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang yang bersabar, iaitu orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan; sesungguhnya KAMI adalah kepunyaan ALLAH dan kepada ALLAH jualah KAMI kembali. Mereka itu ialah orang yang dilimpahi pelbagai kebaikan daripada TUHAN serta rahmat-NYA, dan mereka itulah orang yang mendapat petunjuk hidayah-NYA.”
(Al-Baqarah, 155-157)


bila cinta kerana nafsu...itu semua dunia..
bila cinta mencari keredhaanNYA itulah kehidupan...


Hendaklah cinta kita itu didasarkan kepada cinta ALLAH. Ertinya cinta yang kita berikan kepadanya semata-mata kerana mengharapkan keredhaan ALLAH. ALLAH memberikan kita fitrah itu lalu niatkan dengan fitrah itu boleh menghampirkan diri kita kepada ALLAH swt.
Cintailah sesiapa pun, tetapi pastikan cinta itu dapat memudahkan kita mencintai ALLAH. Sehubungan dengan itu, cinta antara lelaki dan perempuan mestilah diniatkan untuk ALLAH!.

Soalnya bagaimana?
Iringilah dengan niat untuk berkahwin kerana berkahwin itu lebih memudahkan seorang lelaki atau seorang perempuan menyempurnakan agamanya.

Sabda Rasulullah saw, "Apabila seseorang itu berkahwin, sempurnalah separuh agamanya, tinggal lagi separuh untuk disempurnakannya" .

Semoga perkahwinan yang dibina adalah semata-mata kerana ALLAH, dengan tujuan untuk membina rumahtangga muslim, melahirkan keturunan soleh dan solehah, keluarga yang sanggup memikul amanah & dapat melaksanakan segala hukum dan perintah ALLAH swt

Semoga dengan perkahwinan itu juga akan dapat menjaga pandangannya, kehormatan dirinya serta hati dan juga perasaannya supaya sentiasa tunduk dan takut pada ALLAH swt, di samping dapat beribadat dan bertaqwa kepada ALLAH SWT.

Oleh itu, usahlah bercinta sekadar untuk bersuka-suka. Lebih buruk lagi janganlah ada niat-niat yang jahat dalam bercinta sekadar untuk bersuka-suka. Lebih buruk lagi janganlah ada niat-niat yang jahat dalam bercinta sama ada didorong oleh hasutan nafsu atau pujukan syaitan. Jika tidak ada niat untuk berkahwin, cinta sudah pasti bukan kerana ALLAH. Hakikatnya cinta itu adalah cinta terlarang yang akan membawa kemusnahan pada sebelah pihak atau kedua-duanya sekali...


notakakikudibibirmu
kita hanya mampu merancang....

7 kritikan membina dan membinasakan:

✿ Cik Nisa ✿ said...

nice entri . salam perkenalan :)

singgah la kesini pula : lai2 jgn malu2

Atia_gadismelayu said...

singgah sini.. salam ziarah dari gadis melayu..^_^

Singgah blog aku sat , bleh ?

jom join
31-7 Birthday Giveaway

Unknown said...

hoho. kenapa gambar ben ashaari? siapa ben ashaari ni sebenarnya? bloggers terkini ke?

Anonymous said...

singgah disini...

http://komputer-milikku.blogspot.com/2011/07/singgah-blog-aku-sat-bleh.html

FADZ said...

singgah dr blog abg ben..dalam hidup ni setiap saat kita belajar dan terus belajar..btw salam perkenalan..

www.nurasyiqinfadzil.blogspot.com

haslinda said...

salam...
linda datang singgah sini...

jemput datang blog linda pulak :)
http://cthaslinda.blogspot.com/2011/07/singgah-blog-aku-sat-bleh.html

oshin said...

oshin datang nak berkenalan :)

maaf lambat datang singgah sini...

http://gurlgemini.blogspot.com


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...