My Mr/Mis V.V.I.P ma Friends Forever

LETs : Exchange Links !!

Thursday, August 4, 2011

mari beristighfar part 2




sambungan mari beristigfar part 1



sesungguhnya....

Fitrah manusia itu seperti tanah.

-Ada tanah seperti batu. Diberi tekanan, cuba dibentuk. Tetapi tiada kesan, tiada perubahan.

-Ada tanah seperti pasir. Dipijak, meninggalkan kesan. Tetapi sementara. Ditiup angin, hilang kesannya. Kembali ia seperti sediakala.

-Ada tanah sifatnya lempung. Seperti tanah liat. Diuji, ditekan, dibentuk, dipijak. Memberi kesan. Mendalam kesannya. Dan ianya kekal.

Fazakkir. Innama anta muzakkir.

Remind: you are nothing more than just to deliver a reminder!

Mengubah hati? Segala-galanya di tangan Allah. Setiap perkataan, ucapan, nasihat, bimbingan, dan praktikal yang dilakukan tidak pernah mengubah sesiapa pun. Tidak pernah. Melainkan hanyalah sekadar ikhtiar.

IKHTIAR.

Dan perubahan itu, datangnya daripada Allah.

ALLAH TAALA.

Kamu!

Ya kamu. Padamu aku sedang bicara.

Setiap hari, pasti ada bicara Allah pada kita. Ada yang jelas, ada yang tidak. Ada yang halus, ada yang tidak. Ada yang lembut, ada yang tidak. Dan istimewanya bicara Allah ini, dengarnya bukan pada telinga, tetapi pada hati.

QOLBU.

Pernah kan kita terjatuh ketika bermain? Sakitkan? Pernahkan kita terfikir bahawa mungkin ini salah satu bicara Allah pada kita. Lihatlah, dan pandanglah dengan segenap hati nuranimu yang kudus.

Istighfar, mungkin ada dosa yang kita buat tanpa kita sedari.

Istighfar, mungkin ada amanah yang belum kita lunasi.

Istighfar, mungkin kita kurang mengingatiNya hari ini.

Pernahkan kita kehilangan sesuatu yang kita sayang, atau gagal mencapai cita-cita? Pasti terpendam rasa kecewa, seolah kelam seluruh dunia. Lihat dan pandanglah dengan hati.

Istighfar, mungkin ada dosa belum kita taubati.

Istighfar, mungkin ibadah kurang dihayati.

Istighfar, mungkin ada yang lebih baik menanti.

Pernahkan kita dipuji? Walaupun pada realiti, kitalah manusia yang paling tidak layak disebut begini? Kerana pada realiti, kita tahu, setiap kelemahan dan kejahatan yang tersembunyi.

Istighfar, bicara syaitan cuba mempengaruhi.

Istighfar, berhijrah dan berubah menjadi seperti yang diingini.

Istighfar, banyakkan taubat dan sujud syukur pada Ilahi...


notakakikudibibirmu

walaupun diri ini seringkali melupakan janjiku padaMU
namun hatiku...tidak pernah melupakanMU
pada tiap sujudku..padaMU...
....
masih mencari erti kehidupan..
sekadar berkongsi..dengan teman blog..
mari membaca...:)
penulis asal : hamba ALLAH


0 kritikan membina dan membinasakan:


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...