My Mr/Mis V.V.I.P ma Friends Forever

LETs : Exchange Links !!

Tuesday, February 15, 2011

jum bace: Warna KESUKAAN Rasulullah S.A.W


jum bace : copypaste

dari :klik ---> http://sinarankasih.blogspot.com


Warna KESUKAAN Rasulullah S.A.W

Nak tau tak warna kesukaan Baginda??? Antaranya ialah ialah warna PUTIH dan HIJAU. Ada juga keterangan bhw Nabi Muhammad S.A.W pernah memakai pakaian berwarna hitam, merah hati, kelabu dan warna bercampur-campur...


Imam Al-Ghazali dalam Ihya' Ulumiddin berkata : " Yang menakjubkan hati (amat disukai) oleh Nabi SAW ialah berwarna putih."

+WARNA HIJAU+

Ibnu Hajjar dlm Tanbih Al Akhbar memetik kenyataan salah seorang sahabat Baginda berkata :
"Pada hari raya kami disuruh memakai pakaian berwarna hijau krn ia lebih utama dan dihukumkan sunat. Adapun warna hijau adalah afdhal daripada lain2 sesudah putih."

+WARNA HITAM+

Ibnu Ady meriwayatkan drpd Jabir r.a yang berkata: "Aku pernah melihat Nabi SAW berserban hitam yang dipakainya pada hari raya..."

+WARNA MERAH HATI+

Al Baihaqi meriwayatkan hadis dari Jabir r.a katanya : "Pernah Rasulullah SAW berpakaian yang bercorak meah pada dua hari raya dan pada hari Jumaat."

+WARNA KELABU+

Al-Bukhari meriwayatkan dari Ibnu Abbas r.a. dia berkata : "Pernah Nabi SAW keluar dengan kepala yang dibalut sehelai kain yang berwarna kelabu."

+WARNA BERCAMPUR-CAMPUR+

Imam Bukhari meriwayatkan hadis drpd Anas r.a, beliau pernah melihat : "Nabi SAW menutup kepalanya dengan kain biasa yang bercoak-corak warnanya".

Maka dapat disimpulkan bahawa selain daripada warna putih, kadang2 Nabi SAW berpakaian warna hitam dan hijau termasuklah warna2 yang dinyatakan diatas....


share je ape aku bbace malam2 camni..:)

0 kritikan membina dan membinasakan:


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...